Sunday, October 11, 2015

Resepi Egg Muffin Sodapnya






Ni kelmarin punya cerita...

Untuk semua ahli keluarga, makan cucur Udang Ummi buat. Adni siap bawak bekal lagi pegi Pasti walaupun kat Pasti dah ada makan.. Xpelah, nanti diorang makan ramai2 dengan kawan-kawan.

Untuk Imran (fussy eater sikit), Ummi buat menu spesel sikit ..(Egg Muffin)..











Bahan- bahan:

3 biji telur
3 sudu Mix vege
1 biji kentang
1/2 bawang besar
garam/gula/ air percik sikit2
sosej@ayam@daging
1 sudu minyak

Kaedah baik punya:

1. Panaskan minyak atas pan, tumis bawang besar sampai layu je.
2. Masukkan isi ayam@sosej@daging, then mix vege dan kentang.
3. Sementara tu, boleh pukul telur sampai kembang bersama garam,        gula dan percik air sikit2 nak     kasi fluffy gitu.
4. Angkat isi yang disautee tadi, masukkan dalam muffi tray yang telah digris minyak.
5. Tuang telur ke dalam muffin tray..
6. Bakar dalam pemanggang ajaib@ oven.
7. Tunggu sejuk sikit, keluarkan dah boleh ngap..Kalau lebih boleh simpan dalam ziplock plastig,
    simpan dalam fridge boleh tahan dalam 4 hari. Ready on the go, keluarkan, panaskan sekejap boleh
    makan lagi.

Ni bukan setakat anak je suka, Ummi Abi pun belasah sekali.. Sodap
Makan telu ni kolesterol boleh tahan...Apalagi telan ShakleeOmegaGuard ye..

Friday, August 28, 2015

Bismillahirrahmanirrahim....

Welcome diri sendiri..Kalau la blog ni boleh bercakap, mau kena gelak dengan blog sendiri. kui..kui..kui..

Berapa zaman dah Ain oi, dok biaq blog hang bersawang..

Last entry..anak sorang..

La ni anak 4, Baru sambung blogging...Ni pun, pinjam semangat Ani Ahmad .

Chaiyokk... azam pasni at least ada entry perweek..Pasni kita Up lagi. NI pun, tunggu anak-anaknda berempat sekali dengan kanda tidoq dulu..Baru nak boleh kelebek net book.

Kena instant ni, satgi dok buat si kembaq tu terjaga, lagu lain pulak cerita dia..

InsyaAllah, esok pagi nak pergi deliver Shaklee's supplement kat all my customers..

Next entry nak cerita bab gardening dengan masakan sikit, boleh kot noh..