Wednesday, August 09, 2006

Ustazah Ain


Assalamualaikum.....
em, lama aku tak posting. so la ni aku dah ngajar kat balai islam. best and tercabar. banyak kerenah anak-anak didik aku. tapi aku sayang semua depa. mimi yang pandai baca quran, raudhoh yg suka kerut kening, helmi yang suka buat lawak, aiman yg suka makan sup tebuan pagi2(jgn marah aiman, aiman kan tak kisah), yasin, basyir etc. semua tu buah hati aku. (mesti kembang kalau depa baca). dengan ustaz dan ustazah lain yg baik. kat sini, aku ajar dari form 1-form 5. subjek BM, BI, SC KHB and Komputer.

memang kena study balik la subjek2 dulu tu.

Wednesday, July 26, 2006

salam dari Kedah

Assalamualaikum....

kali ni aku tulis dari CC kat kg aku. Alhamdulillah, aku dah jumpa ngan mudir B. Islam. nice person, Ustaz Hanif. Lujnah Tarbiyyah punya orang tu.

Ustaz cakap boleh ke, gaji ckit ni. aku cakap, ana x kisah sgt pasal tu Ustaz. tapi memang terharu dengan kata2 ustaz dlm sesi taaruf ringkas tu. Aku memang salute dgn saf2 pendidik kat situ. Ustaz pun seblm memang sokmo gi umah Aku, memang kenal ngan ayah, tapi aku x pernah tgk muka dia la. Isteri dia pakai niqab, K' Redha nama dia. dgr nama pun, cam dpt guest spesies Qurratu A'yun. aku ada tanjak x?

Aku saja jenguk sat blog aku ni. lama x usik, kebetulan pi bayar Bil Api yg menimbun, aku write up skali. ok lah, ilal liqa'.

Friday, July 14, 2006

lemahnya aku

(seni kehidupan's prop)
Ada dalam 30 minit sebelum aku dapat balik. Tadi K’Aida (Radhuhaida) call. Lama gak sembang. Dia cakap nak e-mail gambar baby dia. X dak mood nak email bila baca email yg agak membuatkan aku menyampah…. X baiklah Ain camtu…korang!!!!!!!nasihatkan aku. Kadang2 bertanduk juga.

Aku teringin nak berjaya hafaz Al-quran. Bila baca satu artikel pasal Nuramirah yg berjaya hafaz Quran dlm masa 2 tahun, timbul azam. Tapi azam saja x cukup, kena iltizam juga. Kena bersihkan diri dari maksiat. Ya Allah, hadirkanlah rasa kebersamaan denganMu berada sentiasa dalam hati hambaMu ini. Amin Ya Rabbal alamin.

Aku tengah consider samaada nak habiskan kontrak aku yg berbaki 2 bulan lebih ni atau nak balik Kedah. Kalu balik Kedah boleh mintak ngajar kat Balai Islam, tapi jgn nak persoalkan pasal gaji. Tapi MasyaAllah, mungkin boleh kutip banyak buah untuk bekalan Akhirat nanti. Kena istikharah ni..

Kekuatan yg perlu ada bagi setiap insan. Hubungan dengan Allah. Penting Hablum minaLLah ni. Dengannya, kita boleh mengatasi apa jua mehnah dan tribulasi.

Wednesday, July 12, 2006

Assalamualaikum ……
1st nak kabo, smlm Aku dah penat taip panjang lebar, paling panjang compare ngan posting Aku sebelum ni. Tp, at last aku terdelete( sebab aku taip dlm word dulu). Tensen giler…byk bende aku nak citer semalam, tapi hari ni malas nak taip pasal benda yg sama.
Semalam roommate aku kurang sihat.. Kesian dia…tapi byk benda aku belajar. Allah uji kita sebagai tanda kasih Allah pada kita. So tabah ya Liza. Alhamdulillah, dlm pada x bermaya tu, dia masih mampu solat..
smlm kena stay back lebih ckit. Okeh takpa la. X de idea nak citer apa sgt. X concentrate ni.
Kat bawah ni ada story pasal IFC. (email dr Eddi) baca jgn x baca!!!!

benda nie panas pasal kes....pendaki gunung everest,,,orang ndia...tapi b4 mati...sempat peluk Islam...pastu timbul isu...NAK KEBUMI CARA APA???islam/hindu...p/s: ke....isu IFC datang dulu baru isu nie..lupelah... malam tue dia tak detailkan apa yang IFC nie minta kat PAk Lah... nak tahu tak apa yang diorang minta???(ingat ek...pak lah tak kata dia tolak...dia kata dia HOLD dulu...ada can diluluskan)...
rupe2nya....inilah yang diorang minta...
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia. Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau takdak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium Muslim.
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
----------------------------------------------------
[3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Monday, July 10, 2006

jom masak


Hari minggu, x keluar manapun, just gi shopping groceries kat Allamanda ngan housemates. Esoknya, masak nasi ayam. Whose the chef? Sapa lagi kalau bukan Changjin Kedah. Dija, hang tau masak nasi ayam. Jom try resepi aku;

Nasi Ayam Jaddid






Bahan2

Nasi:
Beras (ikut suka byk mana)
Stok ayam
Bawang putih diracik
Bawang merah
Cinnamon pods
Clove
Star anise
Garam
Margerin

1.panaskan margerin dalam periuk, then
tumis rempah adik beradik, pastu bawang.

2.bila dah wangi, tuang stok ayam, letak garam sikit.
lepas tu, boleh masukkan nasi.

Sos

Tomato
Cili merah
Sos cili
Bawang putih
Garam

Blend semua bahan, pastu masak.

Ayam

Ayam
Madu
Kicap
Bawang putih
Halia

Bahan tumbuk digaul bersama madu dan kicap. Then perap selama 3 jam.
Lepas tu boleh goring atau bakar.
Sup
Stok ayam
Rempah adik beradik
Bunjut sup
Bawang merah dan putih
Kentang
Lobak merah
Daun sup
Garam

Takkan tak tau, masak sup. Tumis apa yg patut, pastu masuk stok ngan ayam. Taruk garam, kentang, carrot. Tunggu sampai masak.

Kicap

Bubuh kicap dlm sup, jadila. Haha

Friday, July 07, 2006

kebosanan melanda


Assalamualaikum…..


Hari ni, PP keliling meja aku, semua xde. Sorang kursus, sorang cuti, sorang lagi taktau. Aku ni inferiority complex tinggi sket. Kesian. Bila diorang takde, cam free skit. Baru jap tadi En. Hizan tepon, minta no En. Bad. Nak cari buku nak kira implikasi kewangan, tapi x berjaya cari kt meja En. Hizan. Kena buat operasi, mcm2 ada. X sabaqnya nak dapat keja tetap. Smlm ada private school inform my interview on Saturday kat SP. Dah last weekend baru balik, mau semput financial aku. Tp best gak if dapat ngajar. Ye ye je, English language teacher tu. Mau budak2 elit yg aku kena ajar, aku pulak kena tution BI.

Best jugak if aku ada transport. (banyaknya if). Boleh pi Kuilah Bahasa Arab kat masjid Putra Khamis malam. 9-10.30 x silap.

Korang doakan aku terus thabat dan istiqamah dlm perjuangan ye.
Dja, miss U.

Thursday, July 06, 2006

hari bekerja

Alhamdulillah, dah dua hari aku masuk keja balik. KPP memang tanya la, how's 'bout my interview? parak, nak pakai 3 orang, candidates 70. chances memang tipis, tapi ingat ayat seribu dinar........

Hari interview, aku pakai suit hitam. cam exec gitu. Ari tu ada soalan yg agak menyebabkan aku tak lena tidur. wakil kementerian tu tanya, umur aku brp? aku jwb mcm biasa budak2 kita jwb, "InsyaAllah, bulan 10 ni 23". then dia kata, InsyaAllah, bila pulak kahwin. ridiculous je. aku ckp, "Wallahu'alam".Tuan Hj. Marzuki tu tanya,
1) awak berminat tak dgn politik 2) sbg pegawai kerajaan boleh tak terlibat ngan politik, dia ulang boleh tak dgn bersyarat ke?. korang guess la aku jawab apa?

nak kena stop la, nanti sambung. got works to do. choww. Assalamualikum, ilal liqa'

Thursday, June 29, 2006

la tahzan

(senikehidupan punyer prop)
Assalamualaikum....

semalam x sempat posting, quite busy. tapi byk benda yg best Allah izinkan berlaku kat ana semalam. Alhamdulillah. tapi hari ni Allah uji dgn benda yg mencabar kesabaran dan kekuatan dalaman. sukar gak rasa. tapi La taqaf. wa la tahzan, InnaLLaha maana. semalam jumpa 2 orang shabat yg ana sempat taaruf dlm bas salah seorangnya. teringat madah dlm buku munjat ala at-thariq ad-da'wah. dua insan yg satu jiwa bila bertemu dgn insan sepertinya, ia akan merasakan keheningan dlm diri keduanya. dua insan intu akan saling berpegangan tangan................x berapa ingat, tapi memang betul kan benda tu.. bila ada kat tempat yg lain kat alam kampus ni, teringat kt sahabat2 yg byk support. Thanks 4 Dja, K'ayu, K'Akmal, Along, Angah, Ateh, Alang (yg bakal walimah), Uda and Usu.

Tuesday, June 27, 2006

Sambut Maulud kat flat Hijau 12/4/2006


by Ust. Khairuddin Aman Razali

Pd Rasulullah S.A.W., bagi kamu ada uswah hasanah yg baik, bagi mereka yg meletakkan Allah dan hari akhirat sbg matlamat mereka.

Diri Rasulullah untuk kita. Uswah= dari semua segi, baginda adalah contoh. (so, no point nak cari role model yg lain)

(sebab ceramah kat kaw. perumahan, Ust. byk sentuh pasal kejiranan.)

Kisah org2 muhajirin dan Ansar dlm Surah Al-Hasyr, pujian utk muhajirin&ansar.
-bagi orang yg miskin yg berhijrah, meninggalkan tanah mereka, mencari kurnia Allah
Tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan shbtnya, x bercakap melebihi 3 malam, & yg paling baik ant. keduanya, yg mula memberi salam.

Kita kena meletakkan sesuatu kerana Allah.
ada kisah Safiyah(isteri Nabi yg pandai masak) hantar makanan pada Nabi depan Aisyah. Lalu Aisyah tepis bekas makanan sampai pecah. Rasul suruh Aisyah ambil bekas lain dan berkata "Ibu kamu cemburu". (Aisyah kan Ummul Mukminin)
(Nabi x marah pun, mulia pekerti nabi. kalau kita?kenalah contohi nabi, chaiyo! Allahu akbar)

Kisah Anas Bin Malik yg dihantar kpd nabi semasa kecil utk menjadi khadam oleh ibunya.
Anas berkata" saya berkhidmat dgn Nabi 10 tahun, x pernah lihat nabi sebut 'uh'(muqaddimah x puas hati)". x pernah bila Anas tersilap, Nabi keluarkan ungkapan kenapa?
(MasyaAllah, mulianya pekertimu Rasulullah)

Monday, June 26, 2006

Assalamualaikum.....
Hari ni wearing a sea blue baju kurung. Warna romantik Dr. Fadzilah Kamsah kata.
buka e-mail, shbt2 sentuh psl coming liqa'. Aku x dpt pi. balik Kedah interview. Ya Allah, Murahkanlah rezeki aku, sekiranya ia ada di atas langit Kau turunkanlah ia. sekiranya di dalam bumi, Kau keluarkanlah ia. Sekiranya jauh Engkau dekatkanlah, sekiranya dekat Engkau permudahkanlah ia. Amiin.

Aku nak balik KEdah. Dekat ngan Mak..

Friday, June 23, 2006

My journey


Assalamualaikum..............

baru start my own blog...
satu alternatif untuk meluahkan apa yang kita rasa pasal hidup, dunia, and hereafter etc.

tgu K'Aida solat, then nak balik umah.